Along with the Gods: The two world
Hai semua 🤗. Tadi hanan baru balik dari tengok cerita ni, sebab dengar kata menginsafkan walaupun bukan dari latar agama yang sama.
First sekali, hanan takkan selalu buat review movie melainkan, Hanan rasa ada mesej positif yang Hanan dapat dari sesebuah movie tu maka Hanan akan kongsi. Itupun kalau rajin tau 😉. Kalau tak, maybe setakat ni ja .
Ni serba sedikit pasal cerita ni okayh.
Along with the Gods ni cerita korea ya. Katanya juga ada sambungan cerita ni, summer 2018. Production la kata.
Cerita ni mengisahkan bagaimana seorang ahli bomba ni, dia dah mati and macam mana dia menjalani kehidupan dia di Alam Baqa. Yes. Dalam agama dia, dia akan dapat kehidupan semula selepas 49 hari di Alam Baqa merintangi 7 neraka.
Maaf saya tak ingat 7 neraka tersebut. Tapi ada antaranya neraka kemalasan, neraka ketidataatan dan banyak lagi. Setiap neraka, tuhan dia lain-lain dan hukuman pun berbeza.
Ahli bomba ni, dia dapat "title" insan mulia masa dia mati, walaupun macam tu dia still kena hadapi 7 neraka tu. Dalam perjalanan 7 neraka tu dia akan ditemani 3 orang penjaga, yang mana mereka ni bertindak macam peguam bela macam tu.
Part ni hati hati sikit eh, sebab dalam agama dia macam ada peguam bela gitu, macam kau still boleh twist sana-sini. Tapi kat akhirat nanti mulut kita diam, tapi semua anggota badan kita yang akan bercakap. Haa, nak twist cerita lagu mana macam tu? . So, sentiasa lah kita minta ampun kat Allah atas dosa-dosa yang sengaja, tak sengaja kita buat okay. Jom kita sama-sama istighfar.
Okay sampai situ je serba sedikit pasal movie ni, yg lain kenalah tengok sendiri. Baru feel gitu. Saya tengok sorang, tak bawak kawan. Menangis dia kemain dalam wayang tu. Nasiblah orang jauh-jauh. Tapi saya rasa orang lain pun menangis jugak, sebab dengar bunyi sedu-sedu gitu.
Apa nilai yang saya dapat dari movie ni.
Bila kita buat salah kat seseorang, atau dosa kat sesiapa, Allah terutamanya, kemudian mak ayah. Please, mintak maaf secepat mungkin. Kita tak tahu, mati kita bila. Dalam cerita tu, bahagian last sekali.
Tuhan kat situ dia cakap, "aku bagi kau dah 15 tahun,tapi kenapa kau tak tunaikan masa hidup".
Haa ambik kau, tersentap aku disitu, ya Allah dah bagi kita peluang hidup, boleh bercakap, kita nak reach someone tu harini senang je, call, whatsapp, facebook, instagram. Gunakan medium ni untuk kita mintak maaf kat someone. Ya, salah apa pun.
Lepastu, ada part awal cerita ni, yang saat ahli bomba tu mati. Dia macam bangun dari tempat dia jatuh, tapi tak sedar yang dia dah mati sebenarnya.
So, kan ada 3 penjaga (peguam bela) dia tu kan, dia cakap "cepat naik kau dah tak ada masa. Masa kau kat sini dah tamat"
Lepastu, si bomba ni merayu-rayu nak jumpa mak dia dululah, apa lah. Tapi dah tak boleh. Maka, mesej yang saya dapat kat sini.
Kalau korang ada nak cakap apa-apa kat sesiapa, bagitahu je. There is no such thing masa yang sesuai. Cuma minta guidance dari Allah, bila masa yang paling sesuai kita nak cakap.
Kalau sayang seseorang, bagitahu kita sayang. Ni buat yang halal je okay. Couple-couple no more. Yang dah jadi suami isteri, yang antara mak dengan anak. Bagitahu kita sayang.
Kalau anak, semana yang kita mampu, berkhidmatlah untuk dia.
Kalau kita tak ada duit nak bagi, bagi masa kita untuk mereka.
Kalau takda apa nak bagi, urut kaki mereka. Kalau tak ada juga, luangkan sedikit masa untuk telefon mereka.
Yes, you can. Sementara ada baki masa kita kat dunia ni. Gunakan sebaik mungkin ❤
Sekian dari saya Hanan. |
Comments
Post a Comment