Masih merangkak mencari diri.

Mencari makna diri di sebalik Islam
Salamualaik semua ❤.
Entri kali ni, Hanan macam rasa nak bincangkan isu mengenai siapa kita.

Pernah atau tidak, terlintas dalam fikiran kalian, siapa aku ya, aku ni dijadikan untuk apa ya?

Pernah tak? .Hanan yakin mesti kalian pernah kan? Macam tu juga Hanan. Sedangkan sampai hari ni, Hanan masih lagi mencari, "siapa aku?"

Baru-baru ni, Hanan baru tahu yang ada seorang muslimah, namanya Aina Wafi. Hebat juga orangnya, dari semester 1 di UIAM beliau sudah mula menulis artikel-artikel untuk membangunkan minda ummah.

Tersentak sekejap, sebab Hanan lebih kurang sebaya itu, tapi masih belum jumpa sesuatu dalam diri Hanan yang dapat disumbangkan buat Ummah.

Tapi satu yang Hanan pegang, Allah jadikan kita di dunia ni untuk menjadi seorang abid, hamba yang mengabdikan diri untuk Allah. Dan Allah dah tahu setiap satu perjalanan hidup kita, Dia tahu siapa kita yang dahulu, akan datang mahupun sekarang. Pasti Dia ada perancangan yang terbaik untuk kita.
Yang penting kita perlu sentiasa berdoa, agar hati kita kekal di jalan Allah, meskipun di akhir nafas kita.


So memandangkan kita ni masih lagi tercari-cari siapa kita, apa kata kita sama-sama doa bagi Allah dorongkan kita untuk terus beribadah untukNya, bantu kita untuk tunjuk bagaimana yang Dia mahu kita jadi sebagai hamba-Nya.

Ciptaan Allah pasti tak sia-sia. Ada manusia, Allah jadikan dia pendakwah, ada juga Allah jadikan guru, akauntan, jurujual, jururawat, doktor, penyanyi dan sebagainya. Memang laluan kita berbeza, namun tanggungjawab kita sebagai daie takkan pernah lari.

Meskipun gelaran kita bukan ustaz atau ustazah, menunjukkan akhlak mulia sebagai muslim itu tetap tuntutan, menunaikan ibadah tetap wajib. Sebagai contoh, anda seorang penjual, anda perlu tunjukkan contoh yang baik sebagai penjual muslim, tidak menipu, bercakap benar, tidak mengurangkan timbangan, dan sentiasa menjaga adab.

Begitu juga kalau anda akauntan, tidak menipu dalam kira-kira, amanah dalam tanggungjwab dan berpendirian teguh dalam menegakkan perkara yang betul. Siapa pun kita, jadikan Allah yang utama.


Berbalik kepada isu Aina Wafi, apa kata kita jadikan orang sebegini sebagai role model live kita, tak dinafikan Rasullulah model nombor satu, bahkan kekal hidup dalam jiwa kita, namun kita ambil juga orang-orang yang kuat jiwanya macam Aina Wafi, supaya hati kita terus bersemangat untuk sebarkan dakwah.

Kalaupun kita tak mampu jadi seorang pendakwah, apa kata kita jadi tulang belakang pendakwah. Sama ada dari segi kewangan, masa, atau apa sahaja yang kita ada.

Mungkin kita tak mampu nak tulis, isi-isi dakwah, apa kata kita share apa sahaja mengenai dakwah di Wall Facebook, Instagram mahupun twitter.

Mana tahu, ada antara yang kita share tu, dapat buka hati sahabat kita untuk jadi lebih baik. Ataupun sahabt kita tengah susah hati kan, bila baca post wall kita tenang hati dia. Itu semua bantuan Allah untuk hambaNya melalui apa yang kita share. Betul tak? So then, teruskan perkara baik yang sedang anda lakukan meskipun, seisi dunia tidak tahu.

Allah sedang memerhatimu, syurga sedang menantimu .

Sekian, moga kalian dapat sesuatu dari entri kali ni ❤

Comments

Popular Posts