Terima kasih Allah! iman aku kembali bertenaga.
Kelmarin,
Aku rasa kosong,
The "whole' day, aku rasa diri aku kosong,
Aku buntu,
Sampai aku rasa kenapa aku ada disini,
Kenapa aku lahir.
Tak, aku bukan marah, aku bukan depressed, aku sendiri tak tahu kenapa,
Cuma aku rasa diri aku kosong.
Aku cuba baca Quran, tapi masih kosong.
Allah.
Sampailah, aku masuk dalam satu program yang membincangkan tentang Isu buku dan Wanita.
"Great Book, Great Woman", anjuran Iman Shoppe di Serdang.
Aku rasa aku datang dengan hati kosong, pulang dengan hati separuh penuh. Pengisian yang bagus, audiens yang hadir pun hebat-hebat belaka. Yes! Bukan speaker sahaja hebat, audiens pun tak terkecuali 🙂
Setelah lama berfikir, barulah terdetik di hati ni, Mungkin yang kosong semalam aku rasa, disebab keringnya hati aku dengan ilmu dan aku juga yang perlu rajin bergerak mencari ilmu sekarang ni.
If we raise a boy, we may raise a gentleman,
If we raise a girl, we may raise one generation.
Point di atas ni aku rasa merupakan salah satu point yang aku rasa sangat penting diketengahkan semalam.
Yes kita perlu jadi perempuan yang membaca, perempuan berilmu.
Ibu yang membaca, ibu yang berilmu,
Akhawat yang membaca, akhawat yang berilmu.
Sebanyak manapun slogan, sehebat manapun kata, kalau tanpa membaca, tanpa ilmu kita bukan apa-apa.
Untuk membesarkan manusia, bukan mudah, sebab itu kita perlu berguru, bila berguru, kita juga perlukan ilmu. Untuk cari ilmu kita yang perlu mula bergerak hari ini.
Bila satu hari nanti,sebelum kita jadi ibu bapa, kita bukan mendidik anak-anak sebarangan, perlu ilmu, baca buou berkaitan ilmu parenting, rujuk orang yang lebih pakar atau dewasa. Perhatikan dulu cara didikan mana, lagi berkesan dapat mendidik anak, untuk jadi manusia berguna,
Bukan sekadar guna petua-petua orang tua, tapi perlu juga banyak membaca, supaya setiap langkah yang kita buat, kita tahu kenapa kita buat. Bukan buat sekadar ikut-ikutan, bukan juga sekadar suka-suka.
Membaca bukan sekadar baca buku agama, luaskan skop membaca, boleh saja baca fiksyen, boleh saja bac bukan fiksyen.
Cuma pastikan setiap kali membaca, kita dapat sesuatu dari buku tu. Kalau positif, kita yang ikut, kalau negatif, cuba tukarkan ke positif.
We must read wisely and diversly.
Apa yang kita baca, bakal bentuk keperibadian dan pemikiran kita, jadi pilih bahan bacaan yang baik dan bagus ya.
Bawah ni mungkin cara yang boleh anda ikut,
1. Kita boleh baca buku buku Bestseller yang banyak diletak di MPH, Kinokuniya, POPULAR, hatta kalau rasa susah sangat follow sahaja kedai buku Iman Shoppe Official.
2. Sebelum cari buku, baik kiranya kita baca dulu review-review dari pembaca lain. Caranya mungkin just gunakan " carian google" , ataupun downloads apps " Goodread" banyak sangat buku yang menarik telah di"revie" di situ, apa yang lagi best adalah, awak boleh je pilih buku genre apa yang awak suka😍
3. Boleh sahaja kalau nak tanya kawan-kawan yang rajin membaca, orang kata ulat buku macamtu.
Cuma satu pesan Hanan, sesudah membaca , keluarkan semua kebaikan yang kota dapat dari buku tu, dan cuba kongsikan dengan kawan.
Mulai hari ini, kita perlu jadi manusia yang membaca,
Supaya hidup jiwanya, supaya bergerak akalnya , supaya bermanfaat budinya.
Ya kita Islam yang mebaca, kita Islam yang berilmu!
Jom pupuk semula minat membaca!
Comments
Post a Comment