Jangan biarkan aku putus asa, dalam mencari cintaMu Allah

Hananwriting , jangan biar aku putus asa

Sebagaimana kau lihat Yahudi hebat hari ini, macam itulah kita hebat suatu masa dahulu, kita menguasai 2/3 dunia, seantero dunia kenal apa itu Islam, kita jadi hub pendidikan dunia. Ketika itu semua yang hebat adalah kita 
( buku : Tadabbur : Misiah Bayani)

Kalau dilihat semula, kita dapat capai kegemilangan waktu itu dek kerana Rasulullah sendiri sangat kuat memasakkan iman didada para sahabat, pasakkan buah keyakinan terhadap Allah dalam diri para sahabat. Sebab itu Islam mampu tersebar di seluruh dunia. Sebab itu hari ini, kita masih lagi dapat rasa nikmat Islam dan Iman.

Hari ini, berbekal cinta Allah dan nabi, kita perlu bangkit semula! Kita perlu dapatkan semula kegemilangan yang pernah kita agungkan dulu.

Mulai hari ini, cuba cari "circle yang baik" supaya dapat support hati dan jiwa kita untuk jadi lebih baik, sebelum kita mulakan misi tarik sahabat-sahabat dan orang sekeliling kita untuk sama-sama jatuh cinta dengan Islam dan Allah.

Persoalan pertama,

Bagaimana kita as muslim nak contribute dalam dakwah?

How?

Any idea?

Okay,di bawah ini hanyalah cebisan idea daripada Hanan untuk semua.

Pertama,cari kelebihan diri kita ni dekat mana, kalau tak tahu apa kelebihan diri kita, cuba tengok kita ni suka buat apa?. Suka memasak, bercakap,menyanyi, menulis, melukis, buat video, ambil gambar, berniaga,mengajar?

Apa? cuba awak listkan kelebihan atau perkara apa yang kita suka buat.

Okay sekarang, cuba fikir apa pula yang kita boleh buat dengan kelebihan yang kita ada tu, untuk disumbangkan buat agama. Untuk tarik lagi ramai orang, untuk lebih tahu dan belajar tentang Islam.

How?

Okay, contoh mudah Hanan nak bagi, kalau awak suka ambil gambar, okay just ambik gambar cantik-cantik, edit letak quotes yang Islamik, try upload di media social yang serba free ni.

Mungkin dengan quotes kita hari tu, Allah buka kan hati seorang hamba ni, untuk lebih dekat dengan Allah. Siapa tahu betul tak? Bahagianya kalau kita ni mampu jadi asbab hidayah  seorang manusia. Pahala yang takkan putus selagi orang tu beribadah pada Allah.

Tak mengapa kalau sekarang umur kita sekarang dah 18, dah 20, 30 hatta 40 tahun pun, baru nak mulakan misi dakwah. Tak mengapa, teruskan buat baik, teruslan misi kita, asalkan hari ini kita mula.

InshaAllah yang Allah nilai tu usaha dan kesungguhan kita.

Dalam dakwah ini ada pasang surut. Ada masa idea bercambah cambah nak buat itu ini. Ada masa, langsung takde idea, kering kontang fikiran ni, takpa rehat sekejap cuba cari lagi ilmu-ilmu yang boleh kita sampaikan buat masyarakat, mungkin melalui video dakwah di youtube, mungkin juga ilham itu kita boelh dapat bila kita tengah pandang alam ciptaan Allah ni, yang penting doa. Doa agar Allah kurniakan ilham pada kita. InshaAllah, Allah akan bagi dalam pelbagai bentuk kat kita.

Ingat tau, Allah tengok usaha kita. Takde satu pun di dunia ni Allah jadikan sia-sia, takde satu pun di dunia ni, yang Allah tak nampak, takde satu pun dalam dunia ni yang Allah abaikan.

Allah sayang dan cinta kamu, sebab tu hari ini kamu terlintas untuk baca keseluruhan artikel ini.


Moga kau terus kuat dalam jalan dakwah ini.

Jom terus usaha!

Comments

Popular Posts