You are not broken, you are just being called back to Him
Assalamualaikum sister ❤.
Alhamdulillah apa khabar hati hari ni? O.K atau K.O?Takpa, kalau K.O tidur dulu nanti bangun baru baca entri ni okay. Kalau O.K sila tarik nafas panjang-panjang and tenangkan hati jiwa dan raga serta fikiran supaya dapat baca entri kali ni dengan bahagia 😙.
Pernah tak satu masa, rasa macam kepala ni serabut Ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana, serabut sampai stress sakit bahu-bahu ni? Tapi tak ada banyak benda pun sebenarnya yang kita buat, tapi still serabut. Pernah?
Alhamdulillah kalau pernah, kamu normal. 😂 . Hanan pun ada masalah yang sama kadang-kadang. Tapi setelah beberapa kali mengalami perkara sama, Hanan perasan satu benda, sebenanrnya yang serabut dalam kepala kita tu, kita kena luahkan. Tak kisah luahkan pada sesiapa, macam-mana still kena luahkan.
Supaya rasa macam ringan sikit kepala ni. ☺.
Betul, lain orang lain cara dia, mungkin kalau dia bercerita dengan Allah dalam solat, fikiran dia makin tenang, mungkin jugak ada orang yang kena cerita kat kawan baru elok fikiran tu, ada jugak yang tak cerita, macam Hanan, kadang suka cerita kat kawan, atau kalau macam perkara tu terlalu privasi, Hanan akan tulis kat telegram. Yang penting dalam tu kamu sorang okayh 😂.
Tulis lah banyak banyak dalam tu. Kadang tu ayat dalam tu, macam ayat bercakap dengan orang. Tapi sebenarnya sorang-sorang ja dalam tu. Hehe. Ada juga yang tulis macam doa, doa mintak tolong pada Allah, yang kita ni ada masalah ni dan ni, tapi tak tahu nak selesaikan macam mana apa semua. After dah tulis tu, Alhamdulillah rasa lega.
Kenapa tulis kat telegram? 😂 Yelah dah moden, malas pulak nak ambik pen and diari tulis satu satu dalam tu, dah siap kunci pakai manga. 😂 Fuh, teringat zaman sekolah dulu, tulis apa-apa kat diari yang ada manga tu 😑.
Ikut kalian nak buat macam mana, nak tulis nak bercerita atau sebagainya. Tapi apa-apa pun, mesti berbalik pada Allah. Allah uji kita sebab dia nak dengar rayu kita. Allah suka. Allah suka dan sayang kita sebab tu kita macam serabut, supaya kita balik mengadu pada Allah, macam mana nak handle keserabutan kita tu.
Allah sangat dekat tau dengan kita, even kita terlintas dalam hati je pun, Allah tahu. Yang penting keyakinan tu mesti padu, jangan separuh-separuh.
Percaya satu perkara, everything yang terjadi pada diri kita and sekeliling kita, semua atas kehendak Allah. So jadinya kalau kita tak tahu nak selesaikan apa-apa masalah, give it back to Allah 😍. Allah lebih tahu.
Teringat kata-kata Fynn Jamal. Setiapkali kita ada masalah,kita kena syukur. Syukur sebab Allah rindukan kita. First sekali bila dapat masalah. Cakap Alhamdulillah a'la kulli hal.
First time saya dengar, macam hish biar benar kak Fynn Jamal ni, tapi bila dengar reason behind it, yang Allah sayangkan kita sebabtu kita diberi ujian, macam Ya Allah seronoknya. Kami ni hamba-Mu yang hina tapi Kau masih mencintai kami.
Masakan, kalau antara manusia, seorang menghulurkan cinta, yang seorang diam tegak tak mahu balas apa-apa. Malu kan. Inikan lagi, Pencipta kita yang hulurkan cinta, kita sebagai hamba masih tak mahu buat apa-apa?
Semoga kalian dapat manfaat daripada entri kali ni ya. Doakan Hanan terus istiqamah untuk terus menulis. Mudahan dari tulisan ini, dapat membuka hati-hati hamba yang sangat merindui tuhannya.
Comments
Post a Comment